Google Menambah Beberapa Emoji Beranimasi Tersembunyi Pada Kemaskini Hangouts Untuk Android

Google Menambah Beberapa Emoji Beranimasi Tersembunyi Pada Kemaskini Hangouts Untuk Android

Diterbitkan pada Dis 12, 2014 oleh .

Hangouts Animasi EmojiGoogle telah mula memperkenalkan kemaskini untuk aplikasi Google Hangouts untuk Android beberapa hari yang lepas, dimana ia menyertakan sokongan memperlihatkan timestamp masa terakhir anda berada dalam-talian. Selain daripadanya, pihak Google turut menyertakan beberapa fungsi tersembunyi baru pada aplikasi berkenaan.

Antara perkara tersembunyi yang disertakan Google adalah emoji beranimasi. Sebagai contoh, sekiranya anda menaip perkataan seperti “Happy Birthday”, ia akan memaparkan sebuah animasi berbentuk kek pada anda dan juga penerima, sekaligus menjadikan aplikasi permesejan Hangouts ini lebih menarik lagi.

Selain itu, antara perkataan lain yang turut boleh digunakan adalah termasuk “Hahahaha”, “Woohoo”, “Yay!!”, “Rofl” dan juga “Woot”.

Adakah penyertaan fungsi tersembunyi menarik ini akan membuatkan anda menggunakan Hangouts dengan lebih aktif lagi? Apa kata anda?

Muat-Turun Hangouts untuk Android


TIPS & ULASAN