Mungkinkah WhatsApp Hadir Dengan Sokongan Versi Web?

Mungkinkah WhatsApp Hadir Dengan Sokongan Versi Web?

Diterbitkan pada Dis 13, 2014 oleh .

WhatsAppWhatsApp merupakan salah satu perkhidmatan permesejan utama yang digunakan ramai seluruh dunia – dan sedia digunakan ramai sebagai penganti untuk SMS. WhatsApp sedia mengumumkan yang mana mereka sedang membangunkan sokongan untuk panggilan suara, dan kini ia dilihat mereka turut mungkin sedang bereksperimen dengan versi web untuk perkhidmatan mereka.

Penemuan ini ditemui oleh laman AndroidWorld yang mana mengatakan mereka menemui beberapa kod pada aplikasi Android menandakan sokongan tersebut, selain sebuah laman khas di web.whatsapp.com.

Seperti biasa, ia tidak diketahui sama ada WhatsApp yang dimiliki oleh Facebook ini akan menawarkan sokongan klien web ataupun sebaliknya. Buat masa ini, WhatsApp sedia memudahkan pengguna dengan membuat pendaftaran menggunakan nombor telefon sahaja tanpa sebarang kata laluan, dan pada masa yang sama tidak menyimpan sebarang data pada pelayan. Perkara ini sering membuatkan teks yang diterima anda hilang apabila anda beralih ke peranti baru dan sebagainya.

Buat masa ini, antara aplikasi yang menawarkan sokongan seumpama WhatsApp dengan pelbagai klien adalah Telegram. Ia tidak diketahui sama ada WhatsApp yang dimiliki oleh Facebook ini akan memperkenalkan versi web ataupun sebaliknya.

Jadi, apa kata anda?


TIPS & ULASAN