Cari @ Amanz

Candy Crush boleh dikatakan agak popular dikalangan pemain sekitar awal tahun ini, dan beberapa klon untuknya telah tersedia pada pelbagai platform operasi termasuk Windows Phone. Walaupun begitu, kini pihak pembangunnya, King hadir dengan aplikasi rasmi Candy Crush untuk Windows Phone, dan telah pun boleh dimuat-turun ia secara percuma dari Windows Phone Store.

Candy Crush Saga

Candy Crush membawakan permainan dimana anda perlu menyusun gula-gula yang sama warna dan mempunyai pelbagai jenis tahap berbeza untuk dimainkan. Penerbitnya mengatakan Candy Crush telah sedia mempunyai ratusan tahap permainan, dan ia ditambah setiap dua minggu.

Seperti pada platform lain, anda turut boleh memainkannya bersama-sama rakan anda, dan bersaing dengan mereka. Candy Crush ditawarkan secara percuma, dan hadir dengan sokongan pembelian dalam-aplikasi. Permainan ini juga turut boleh dimainkan pada peranti dengan memori 512MB RAM.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd