Carian
Monosnap – Rakam Gambar Skrin Dan Tambah Anotasi Dengan Mudah Dan Pantas
December 14, 2014 Aman

Terdapat beberapa perisian yang memudahkan anda membuat rakaman skrin pada desktop, dan salah satu yang menarik kami temui baru-baru ini adalah Monosnap. Monosnap ditawarkan untuk Windows, Chrome, Mac OS X, iPhone dan juga iPad.

Monosnap

Menggunakannya, pengguna boleh merakamkan skrin dengan pilihan sama ada untuk rakaman skrin penuh ataupun hanya sebahagian. Selepas itu, pengguna boleh menambah anak panah, anotasi, mahupun menambah beberapa bentuk seperti bulatan, kotak dan sebagainya. Anda turut boleh menambah blur sekiranya ingin menyembunyikan beberapa perkara pada gambar yang dirakamkan.

Bagi kami, perisian ini amat berguna sekiranya anda sering membuat tutorial, ataupun ingin membuat anotasi pada gambar dengan pantas pada komputer atau peranti mudah-alih anda.

Komen