Xiaomi Dilaporkan Akan Memasuki Arena Automotif

Xiaomi Dilaporkan Akan Memasuki Arena Automotif

Diterbitkan pada Dis 14, 2014 oleh .

Xiaomi sedia mencipta nama mereka dalam arena telefon pintar sepanjang tahun ini, selain turut menawarkan beberapa peranti memfokuskan kepada sokongan rumah pintar. Segalanya dilakukan mereka pada penawaran harga yang rendah, sekaligus menjadikan mereka sebagai salah satu jenama pilihan ramai.

Terkini, beberapa laporan baru hadir, mengatakan pihak Xiaomi turut akan menyertai arena automotif, dan sedang berbincang dengan salah satu pengeluar kenderaan di China.

Buat masa ini, kenderaan ini tidak diketahui akan dijenamakan keseluruhan dibawah Xiaomi, ataupun hanya sistem inforia yang digunakan olehnya. Mengikut gerakan industri, kebanyakkan syarikat teknologi memfokuskan kepada penawaran inforia dan mengintegrasikan ia dengan kebolehan untuk mengawal menggunakan peranti mudah-alih.

Mungkin kita akan melihat MIUI versi sistem inforia diperkenalkan oleh Xiaomi, dan ditawarkan bersama-sama kereta baru tersebut kelak.


TIPS & ULASAN