Beli Laptop Lenovo Antara Feb 2011 Ke Jun 2012? Kord Kuasa Anda Mungkin Bermasalah – Lenovo Ingin Ganti

Beli Laptop Lenovo Antara Feb 2011 Ke Jun 2012? Kord Kuasa Anda Mungkin Bermasalah – Lenovo Ingin Ganti

Diterbitkan pada Dis 14, 2014 oleh .

Lenovo LS-15Adakah anda telah membeli komputer riba Lenovo IdeaPad yang dikeluarkan antara Februari 2011 ke Jun 2012 yang lepas? Sekiranya ya, komputer riba anda mungkin mempunyai kord kuasa yang bermasalah, dan pihak Lenovo kini memanggil kembali semua kord kuasa bermasalah tersebut untuk menggantikannya.

Menurut Lenovo, hanya kord kuasa sahaja yang bermasalah dan akan digantikan semula, dan bukannya adapter untuk komputer riba berkenaan. Mereka turut menyediakan sebuah halaman khas dalam membolehkan pengguna mengetahui sama ada model dan unit yang digunakan oleh mereka itu menghadapi masalah ataupun sebaliknya.

Untuk memudahkan pengenal-pastian pantas, anda boleh melihat pada kord kuasa anda, dan ia mungkin mempunyai label “LS-15” padanya. Apa pun, untuk proses gantian semula, pihak Lenovo memerlukan pengguna untuk membawa ia ke pusat khidmat Lenovo untuk urusan gantian semula. Pusat khidmat Lenovo boleh dihubungi melalui talian 1800 22 0116.

Layari : Laman Gantian Semula Kord Kuasa


TIPS & ULASAN