Cari @ Amanz

Beberapa bulan yang lepas, kita telah mendengar akan HTC bakal hadir dengan peranti berbentuk jam tangan pintar berasaskan Android Wear, sebelum ia dikatakan HTC menangguhkan pengenalannya kerana ingin mencari keunikan dan penawaran yang berbeza berbanding pengeluar lain.

HTC Watch

Setelah sekian lama sepi tanpa berita, kini beberapa desas-desus awal kedengaran, mengatakan HTC mungkin memperlihatkan peranti boleh-pakai mereka seawal Januari ini.

Apa pun, ia berkemungkinan bukanlah sebuah jam tangan pintar, tetapi mungkin sebuah gelang-tangan ataupun sebuah peranti yang berbeza dengan penawaran peranti di pasaran hari ini. HTC dikatakan bekerjasama dengan beberapa pihak yang sedia popular untuk aplikasi kecergasan untuk membangunkan peranti mereka itu.

Seperti biasa, pelbagai maklumat lain masih kekal rahsia, dan mungkin kita akan mendengar pelbagai spekulasi dan laporan lain dalam masa terdekat.

Pada tahun 2014 ini, kita sedia menyaksikan pelbagai syarikat memperkenalkan jam tangan pintar mereka, termasuk daripada Asus, Motorola, dan sebagainya – selain Samsung, Sony dan Microsoft dengan Microsoft Band.. Dengan Apple yang bakal memasarkan Apple Watch pada tahun hadapan, mungkin kita akan terus dapat melihat persaingan sihat dalam arena ini pada 2015 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd