Cari @ Amanz

Viber sebelum ini telah menjanjikan untuk memperkenalkan sokongan permainan pada aplikasi permesejan mereka. Hari ini, sokongan tersebut telah diperkenalkan kepada lima buah negara sebagai permulaan, iaitu di Malaysia, Singapura, Israel, Ukraine dan juga Belarus. Viber menyasarkan untuk membawa sokongan tersebut ke seluruh dunia pada tahun hadapan.

Untuk fasa pengenalan ini, pihak Viber memperkenalkan tiga permainan kepada pengguna, iaitu Viber Candy Mania, Viber Pop, dan juga Wild Luck Casino. Seperti pada beberapa platform lain, pengguna boleh bersaing antara satu sama lain, termasuk melihat markah yang dikumpulkan dan sebagainya.

Viber Games

Penawaran Viber Games ini dilihat ditawarkan untuk pengguna Android dan iPhone sahaja buat masa ini, dan mungkin ia akan diperluaskan kepada semua tidak lama lagi. Bagi anda yang menggunakan Viber, boleh memuat-turun aplikasi Android dan iOS terkini untuk menikmati fungsi ini – jauh sebelum pengguna antarabangsa yang lain.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd