Cari @ Amanz

FourSquare iPadFourSquare pada awalnya telah dimulakan dengan sokongan pengguna boleh menambah lokasi, tips, dan pada masa yang sama daftar masuk lokasi untuk mendapatkan lencana. Pada tahun ini, pihak FourSquare telah mula membahagikan fungsi tersebut, dimana aplikasi FourSquare asal lebih memfokuskan kepada penemuan lokasi dan tempat menarik, sementara aplikasi baru dinamakan Swarm diperkenalkan untuk sokongan daftar masuk lokasi.

Kini, lanjutan daripadanya, hari ini pihak FourSquare memperkenalkan aplikasi rasmi mereka untuk pengguna iPad, memudahkan lagi pengguna dalam perancangan perjalanan dan percutian mereka.

Dengan FourSquare untuk iPad ini, ia memudahkan lagi penemmuan lokasi seperti pada peranti mudah-alih lain, dimana anda boleh melihat lokasi-lokasi menarik berdekatan atau disesuatu lokasi pilihan anda. Pengguna turut boleh menyimpan lokasi kegemaran mereka pada iPad, dan merujuknya untuk dikunjungi kelak, sekaligus merancang perjalanan anda.

Bagi anda yang mempunyai iPad, boleh memuat-turun aplikasi FourSquare hari ini, dan mencubanya sendiri untuk merancang percutian hujung tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd