Carian
Adakah LG Akan Kembali Memasarkan Peranti Mudah-Alih Di Malaysia? LG G3 & LG G3 Stylus Melepasi SIRIM
December 16, 2014 Aman

Dengan persaingan dalam arena mudah-alih, salah satu jenama yang tidak dipasarkan secara rasmi di Malaysia untuk setahun dua ini adalah LG. Mereka tidak memperkenalkan peranti mereka untuk sekian lama, dan kali terakhir kami mendengar adalah peranti LG Optimus G Pro yang diedarkan oleh pihak BrightStar Malaysia.

Beberapa peranti popular mereka tidak memasuki pasaran Malaysia secara rasminya, termasuk antaranya adalah LG G2, LG G Flex, dan beberapa peranti boleh-pakai mereka – termasuk LG G Watch. Kini, nampaknya, kita mungkin akan melihat kembali peranti-peranti LG dipasarkan di Malaysia secara rasmi, apabila dua peranti baru mereka, iaitu LG G3 dan juga LG G3 Stylus telah melepas SIRIM dan dilihat akan diedarkan oleh pihak Brightstar.

LG G3

LG G3

LG G3 merupakan telefon pintar utama daripada LG yang mana hadir dengan pelbagai spesifikasi terkini termasuk Snapdragon 801, memori 2GB RAM, skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan 2K, kamera belakang 13-megapixel dengan sokongan OIS, dan turut hadir dengan sokongan 4G LTE. LG G3 Stylus pula merupakan variasi dengan spesifikasi pertengahan dan menyertakan sebuah stylus. LG G3 telah diperkenalkan secara rasmi pada penghujung Mei 2014, sementara LG G3 Stylus pada September 2014.

Kami masih tidak diketahui sama ada mereka akan melancarkan ia secara rasmi ataupun akan terus menjualnya melalui pengedar rasmi Brightstar seluruh negara, memandangkan kedua-dua peranti ini telah dilancarkan untuk tempoh yang agak lama, dan dengan tahun 2015 menjelang tiba, mungkin ramai menantikan “LG G4” daripada pengeluar peranti dari Korea Selatan berkenaan.

LG Sirim Brightstar

Komen