Cari @ Amanz

BlackBerry hari ini secara rasminya memperkenalkan kemaskini untuk aplikasi permesejan mereka bagi pengguna Windows Phone. Dilabelkan sebagai BBM 2.0, aplikasi permesejan daripada BlackBerry ini menyertakan beberapa fungsi baru yang telah diperkenalkan pada iPhone dan Android beberapa minggu yang lepas.

Tiga fungsi baru menjadi fokus pada kemaskini BBM 2.0 untuk Windows Phone ini, iaitu Stickers, Timed Messages, dan juga Message Retraction.

BBM 2.0 Windows Phone

Untuk fungsi Sticker, mungkin ramai sedia maklum, yang mana ia merupakan emoticon bersaiz besar, selain turut ditawarkan dalam pilihan watak-watak animasi popular. Pengguna boleh memuat-turunnya, disamping turut menawarkan beberapa sticker yang ditawarkan secara berbayar.

Fungsi Timed Message pula adalah sokongan yang membolehkan anda menghantar mesej dengan kebolehan untuk memadamnya secara automatik selepas suatu tempoh masa. Ketika ingin menghantar, pengguna akan diberikan pilihan untuk menetapkan masa untuk ia dipadam selepas dibuka. Pengguna turut akan menerima notifikasi sekiranya penerima membuat rakaman skrin untuk mesej atau gambar yang dihantar.

Fungsi Message Retraction pula adalah fungsi yang membolehkan anda memadam mesej yang tersilap hantar kepada seseorang. Apa pun, sekiranya mesej tersebut telah dibaca oleh penerima, sokongan ini mungkin tidak begitu berguna kepada anda.

Bagi pengguna Windows Phone, anda boleh memuat-turun aplikasi BBM 2.0 ini hari ini, dan menikmati pelbagai fungsi baru yang dibawakan untuk aplikasi permesejan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd