Pengguna Pantai Timur Antara Yang Menghabiskan Masa Paling Lama Melayari Laman Lucah

Pengguna Pantai Timur Antara Yang Menghabiskan Masa Paling Lama Melayari Laman Lucah

Diterbitkan pada Dis 16, 2014 oleh .

AmanzXSalah satu syarikat penstriman laman lucah hari ini telah mengeluarkan statistik semasa mereka, dimana memperlihatkan pengguna di Kuala Terengganu, Kuala Lumpur dan Kota Bharu antara yang paling lama menghabiskan masa melayari laman lucah.

Secara purata, mengikut syarikat penstriman tersebut, pengguna di Kuala Terengganu menghabiskan masa hampir 13 minit untuk melayari laman berkenaan, diikuti oleh Kuala Lumpur pada 12:29 dan Kota Bharu pada 12:27. Menduduki tangga seterusnya mengikut masa paling lama dilayari adalah Miri, Kuantan, Kota Kinabalu, Melaka, Kuching, Putrajaya, Ipoh dan juga George Town.

Selain kemungkinan menghabiskan masa yang lama, pihak syarikat penstriman mengatakan perkara ini juga mungkin kerana masa pemuatan yang agak lama berbanding kebiasaan, sekaligus menyumbang kepada masa yang agak lama dihabiskan pada laman berkenaan.

Apa pun, anda tidak digalakkan untuk melayari laman lucah kerana ia adalah sesuatu yang bertentangan dengan akidah. SKMM sendiri telah menutup akses ke sejumlah laman lucah, tetapi ia dilihat pengguna masih dapat mengaksesnya dengan mengubah beberapa perkara.


TIPS & ULASAN