Carian
Aplikasi ParkAide Dilancarkan – Ingin Memudahkan Urusan Pengurusan Parkir, Meliputi 20 Kawasan di KL
December 16, 2014 Aman

Hari ini, salah satu aplikasi baru telah dilancarkan untuk pasaran tempatan, dinamakan sebagai ParkAide – dan ditawarkan untuk Android dan iPhone buat masa ini. Menggunakan aplikasi ini, ia membantu pengguna untuk pengurusan parkir di beberapa kawasan sekitar Lembah Klang, sekaligus mengalakkan penggunaan parkir bebas tiket bercetak.

Menggunakan aplikasi ini, pengguna perlu mendaftarkan diri, dan kemudian ketika memasuki ruangan parkir, anda akan dikehendaki untuk mengimbas kod QR menggunakan peranti mudah-alih anda.

ParkAide Android

Selain daripada penawaran penggunaan parkir tanpa tiket, aplikasi ini juga turut membawakan beberapa ciri-ciri menarik tambahan. Salah satunya dinamakan sebagai “Book-A-Bay”. Melaluinya, pengguna boleh membuat tempahan untuk suatu tapak parkir sebelum anda ke sana, dan memilih tempoh masa anda untuk meletakkan kenderaan di sana. Aplikasi ini juga membolehkan anda mengetahui lokasi parkir berdekatan anda (yang menggunakan sokongan ParkAide), dan mengetahui lokasi kenderaan anda di tempat parkir sekiranya anda terlupa.

Untuk pembayaran, ia menggunakan sistem seumpama token, dimana pengguna perlu menambah-nilai untuk membeli sejumlah token terlebih dahulu yang akan ditolak dari semasa ke semasa. Untuk menambah-nilai, ia menyertakan sokongan pembayaran melalui kad debit ataupun kad kredit.

Bagi fasa permulaan ini, ParkAide digunakan di lebih kurang 20 lokasi, dan mereka menyasarkan untuk memperluaskannya ke lebih 110 lokasi pada tahun hadapan.

Komen