Opera Coast Untuk iPad Dan iPhone Kini Menyertakan Fungsi “Discover” Dan “Turbo”

Opera Coast Untuk iPad Dan iPhone Kini Menyertakan Fungsi “Discover” Dan “Turbo”

Diterbitkan pada Dis 17, 2014 oleh .

Opera Coast merupakan salah satu pelayar web yang ditawarkan oleh pihak Opera untuk para pengguna peranti berasaskan sistem operasi iOS – iaitu iPad dan juga iPhone. Hari ini, mereka memperkenalkan kemaskini Opera Coast 4.0, yang mana bersama-sama dengannya turut menyertakan beberapa sokongan baru untuk para pengguna pelayar web berkenaan.

Opera Coast

Salah satunya adalah fungsi “Discover”. Menggunakan Opera Coast, kini pengguna boleh melihat artikel terbaru yang hangat diperkatakan, dan melihatnya mengikut kategori yang diminati mereka. Memandangkan ia pada pelayar web, semestinya pengguna ingin mencari artikel yang menjadi kegemaran mereka, dan melalui fungsi ini ia memudahkan pengguna mengikuti pelbagai berita dengan mudah dan pantas.

Disamping itu, kemaskini baru ini turut menyertakan integasi Opera Turbo pada pelayar web Coast ini. Ia sekaligus membolehkan anda mengakses sesuatu web dengan lebih pantas memandangkan ia akan mengecilkan penggunaan data dan sebagainya.

Disamping itu, untuk pengguna Mac OS X, Opera Coast kini turut menyertakan sokongan Handoff, membolehkan anda menyambung pelayaran web daripada peranti iOS terus ke komputer Mac dengan mudah – salah satu fungsi yang amat menarik bagi pengguna yang membuat tugasan menggunakan kedua-dua peranti.

Bagi anda yang menggunakan Opera Coast, boleh mengemaskini ia ke versi terbaru ini.

Muat-Turun Opera Coast untuk iPhone/iPad


TIPS & ULASAN