Honor 4X Dengan Cip Pemprosesan 64-bit Diperkenalkan

Honor 4X Dengan Cip Pemprosesan 64-bit Diperkenalkan

Diterbitkan pada Dis 17, 2014 oleh .

Honor telah pun mengumumkan peranti terbaru mereka, Honor 6 Plus, dan bersama-sama dengannya, sebuah lagi peranti baru yang diumumkan adalah telefon pintar berspesifikasi pertengahan daripada Honor, iaitu Honor 4X.

Honor 4X

Honor 4X

Telefon pintar ini disasarkan untuk pengguna yang inginkan telefon pintar pada harga mampu milik. Ia dilengkapi dengan cip pemprosesan 64-bit tersendiri daripada Huawei, iaitu Kirin 620. Ia hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci pada resolusi 720p, dan turut disertakan adalah kamera hadapan 5-megapixel dan kamera belakang 13-megapixel. Ia turut dilengkapi dengan bateri berkapasiti 3000mAh, dan hadir dengan pilihan memori sama ada 1GB RAM ataupun 2GB RAM.

Honor 4X

Seperti peranti Huawei dan Honor yang lain, ia akan menggunakan antaramuka EMUI 3.0, yang mana membawakan penggunaan tanpa talam aplikasi, selain turut hadir dengan pilihan memuat-turun pelbagai fail tema untuk mengubah bentuk paparan peranti. Peranti ini turut hadir dengan bahagian belakang yang boleh dibuka untuk tujuan memasukkan kad-SIM (dwi-SIM), dan juga kad mikro-SD.

Honor 4X ini akan ditawarkan di pasaran China sahaja untuk peringkat awal ini, dimana versi 1GB ditawarkan pada harga 799 Yuan (~RM450) sementara versi 2GB pada harga 999 Yuan (~RM563).


TIPS & ULASAN