Carian
Instagram Menambah 5 Kesan Penuras Baru – Membolehkan Anda Menyusun Dan Menguruskannya
December 17, 2014 Aman

Instagram hari ini menawarkan kemaskini baru untuk pengguna iPhone dan Android, dimana melaluinya, mereka menambah lima kesan baru untuk ditambah pada gambar sebelum dikongsikan melaluinya. Lima kesan penuras baru yang ditambah adalah Slumber, Crema, Ludwig, Aden dan Perpetua.

Instagram Penuras Baru

Dengan penambahan pelbagai kesan baru ini, mungkin anda agak rimas dengan pelbagai kesan untuk dipilih sebelum sesuatu gambar dikongsikan. Mengambil berat mengenainya, pihak Instagram hari ini turut menawarkan sokongan untuk menguruskan kesan-kesan yang ingin dipaparkan oleh anda pada aplikasi berkenaan, dan menyusunnya mengikut apa yang anda sukai.

Bagi pengguna Instagram di iPhone atau Android, anda boleh mengemaskini aplikasi anda hari ini, dan menikmati fungsi baru yang dibawakan oleh Instagram ini.

Komen