LINE Pay Diperkenalkan Kepada Pengguna Seluruh Dunia – Perkhidmatan Pembayaran Baru Daripada LINE

LINE Pay Diperkenalkan Kepada Pengguna Seluruh Dunia – Perkhidmatan Pembayaran Baru Daripada LINE

Diterbitkan pada Dis 17, 2014 oleh .

LINE merupakan salah satu perkhidmatan permesejan popular, dan mempunyai lebih 10 juta pengguna berdaftar di Malaysia. Hari ini, mereka telah memperkenalkan sebuah sokongan baru dinamakan LINE Pay, yang mana merupakan perkhidmatan pembayaran terbina daripada LINE.

LINE Pay

Pengenalan pada peringkat global ini membawakan fungsi ini secara terhad pada fasa pengenalan, dimana LINE Pay hanya boleh digunakan pada LINE Store sahaja. Tetapi menurut LINE, pada masa akan datang, pengguna boleh memindahkan wang kepada akaun rakan lain di LINE, selain lebih banyak peniaga akan mula menerima sokongan pembayaran melaluinya.

Untuk ia berfungsi, pengguna perlu memuat-turun sebuah aplikasi khas dinamakan LINE Pay, dan menghubungkan ia ke akaun LINE anda. Seterusnya pengguna akan diperlukan untuk memasukkan atau mengimbas kad kredit mereka, dan menyimpannya untuk urusan pembayaran melalui LINE Pay. Menurut pihak LINE, mereka mengutamakan sekuriti untuknya, dan pengguna turut diminta memasukkan sebuah kata laluan tambahan yang berbeza dengan kata laluan asal mereka untuk LINE Pay.

Sebagai promosi pengenalan juga, pihak LINE mengatakan mereka menawarkan bonus 25% kepada para pengguna yang menambah LINE Store Credit menggunakan LINE Pay.

Kami masih tidak mengetahui sama ada ia akan memberikan impak yang besar ataupun sebaliknya, tetapi ini mungkin permulaan untuk pihak LINE sebelum mula memperkenalkan sokongan edagang terus pada aplikasi permesejan mudah-alih mereka itu.

Layari : LINE Pay


TIPS & ULASAN