Carian
Angry Birds Stella Sedia Dimuat-Turun Oleh Para Pengguna Windows Phone
December 17, 2014 Aman

Rovio sedia memperluaskan rangkaian jenama Angry Birds dengan beberapa variasi lain, termasuk salah satunya adalah Angry Birds Stella. Hari ini, mereka turut menerbitkan permainan tersebut secara percuma kepada para pengguna peranti Windows Phone.

Angry Birds Stella

Angry Birds Stella sebelum ini telah diperkenalkan sekitar bulan September lepas untuk Android dan iPhone, dimana ia menawarkan sejumlah watak burung yang baru berbanding kebiasaan sebelum ini. Disamping itu, ia dilihat menawarkan cara permainan yang lebih kurang sama seperti permainan asal tetapi dengan sedikit perbezaan, dan lebih 120 tahap permainan menarik untuk dimainkan.

Kami tidak pasti sama ada ramai yang memainkan permainan ini ataupun sebaliknya. Kami sendiri berhenti bermain permainan Angry Birds Stella ini setelah melepasi beberapa tahap permainan – berbeza dengan ketika fenomena Angry Birds masih hangat. Tetapi memandangkan ia ditawarkan secara percuma, mungkin anda boleh memuat-turun dan memainkannya pada peranti anda, dan mencuba sendiri variasi baru permainan yang dibawakan oleh Rovio ini.

Komen