Facebook Mula Menawarkan Sokongan Menambah-Baik Gambar Yang Dimuat-Naik Secara Automatik Pada iPhone

Facebook Mula Menawarkan Sokongan Menambah-Baik Gambar Yang Dimuat-Naik Secara Automatik Pada iPhone

Diterbitkan pada Dis 17, 2014 oleh .

Facebook hari ini mula memperkenalkan sebuah fungsi baru untuk pengguna aplikasi iPhone mereka, dimana Facebook secara automatik menambah baik sesuatu gambar supaya ia dipaparkan dengan lebih baik berbanding kebiasaan – terutamanya pada keadaan cahaya yang gelap.

Facebook Enghancer

Fungsi seumpama ini sedia ditawarkan pada Google+, dimana ia secara automatik menambah baik paparan gambar yang dirakamkan, sekaligus menjadikannya lebih menarik. Pada aplikasi Facebook ini, ia turut menawarkan lebih pilihan, dimana pengguna boleh mengawal tahap kejelasan, cahaya dan sebagainya yang ditambah pada gambar asal.

Facebook mengatakan fungsi ini akan hadir ke pengguna peranti Android tidak lama lagi.

Muat-Turun Facebook untuk iOS


TIPS & ULASAN