Carian
Price Of Fame : Aplikasi Permainan dari Lindsay Lohan
December 17, 2014 Effi Saharudin

Selepas Kim Kardhasian menghasilkan aplikasi mobil Kim K Hollywood yang membawa keuntungan melebih $40 juta kini tiba giliran Lindsay Lohan. Pelakon yang lebih popular dengan masalah peribadi dari filem beliau sejak kebelakangan ini melancarkan Lindsay Lohan’s Price of Fame. Aplikasi permainan ini mempunyai premis yang sama seperti permainan Kim K. Anda perlu mengumpul sebanyak mungkin peminat dengan menggunakan kepakaran media sosial, mejadi duta produk dan melakukan aktiviti yang menjana populariti. Tetapi tidak seperti permainan Kim K kami sedari Price of Fame sebenarnya melakukan parodi terhadap kehidupan selebriti moden yang penuh kepura-puraan. Peminat yang dikumpul kemudian boleh digadai untuk membeli kawan baru dalam bentuk  “Justin Bieber Palsu” dan “Ahli Illuminati”. Bagi menambah peminat antara teknik yang boleh digunakan ialah melepaskan pita video lucah peribadi, menjadi peserta rancangan TV realiti dan menjual foto anak kepada pihak media. Seperti Kim K Hollywood anda boleh mempercepatkan proses menjadi selebriti ternama dengan membeli peminat melalui transaksi mikro. Jika anda mahukan permainan yang menjadikan kegilaan menjadi selebriti terkemuka sebagai jenaka sila muat turun aplikasi ini sekarang. Buat masa ini Lindsay Lohan’s Price of Fame hanya boleh dimuat turun untuk platform Android dan IOS.

Lindsay-Lohan

 

Komen