Cari @ Amanz

Mungkin menjadi tradisi sekarang untuk pengeluar peranti menawarkan PowerBank (pengecas peranti mudah-alih bersama-sama. Seperti Pihak Xiaomi, kini OnePlus turut mengumumkan sebuah powerbank rasmi mereka, yang mana berkapasiti 10,000mAh, dan hadir dengan dua output kuasa pada 2A untuk membolehkan anda mengecas sehingga dua peranti pada masa yang sama.

OnePlus Power Bank

OnePlus Power Bank

PowerBank daripada OnePlus ini dijual pada harga $14.99 iaitu berharga RM52.25, boleh dikatakan agak mahal berbanding penawaran Xiaomi, tetapi hadir dengan dwi-output padanya.

OnePlus ROM

Selain pengumuman berkenaan PowerBank, pihak OnePlus turut telah mula sebuah pertandingan di forum rasmi mereka, meminta cadangan untuk penggunaan nama bagi CustomROM daripada OnePlus.

Seperti semua sedia maklum, pihak OnePlus menghadapi masalah dengan ROM daripada CyanogenMod untuk digunakan di India, dan pihak OnePlus kini mengambil inisiatif untuk membangunkan ROM mereka tersendiri. Melaluinya, mereka mengatakan akan menawarkan penawaran dan penggunaan menyerupai ROM asal Android, tanpa sebarang penambahan, dan boleh diubah-suai dengan mudah.

OnePlus mengatakan versi pembangunan awal untuk komuniti akan diperkenalkan tidak lama lagi, dan mereka kini bergantung kepada komuniti untuk hadir dengan pilihan nama yang menarik untuk ROM mereka tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd