Sony Hadir Dengan Klip Yang Mengubah Sebarang Kaca Mata Menjadi Kaca Mata Pintar

Sony Hadir Dengan Klip Yang Mengubah Sebarang Kaca Mata Menjadi Kaca Mata Pintar

Diterbitkan pada Dis 17, 2014 oleh .

Sony hari ini mengumumkan pembangunan sebuah modul khas yang boleh dipakai pada kaca mata, sekaligus mengubah ia menjadi kaca mata pintar untuk memaparkan informasi tambahan dalam visual terus ke mata pengguna. Ia boleh dikatakan membawakan fungsi lebih kurang menyerupai Google Glass, tetapi mungkin lebih praktikal untuk dijual dan dibeli pengguna.

Sony Clip-On Glass

Sony menamakan ia sebagai Single-Lens Display Module buat masa ini, yang mana ia hadir dengan sebuah cip pemprosesan, sensor, sokongan WiFi, Bluetooth dan juga sebuah paparan OLED terbina padanya. Sony mengatakan pembangunan mereka berjaya hadir dengan sebuah peranti bersaiz kompak yang boleh dipakai pada kaca mata pengguna tanpa sebarang masalah.

Sony Clip-On Glass

Sony Clip-On Glass

Melaluinya, Sony mengatakan ia boleh memaparkan pelbagai maklumat berkaitan padanya, sebagai contoh untuk kerja, untuk sukan, dan sebagainya. Memandangkan ia boleh dipakai dengan mudah, maka pengguna boleh tanggalkan ia ketika tidak digunakan dan dikatakan lebih praktikal berbanding beberapa kaca mata pintar yang lain di pasaran.

Sony akan memperlihatkan ia kepada umum pada CES 2015 kelak, dan ia dijangka akan dikeluarkan secara meluas pada tahun hadapan.


TIPS & ULASAN