Siri Animasi Rimba Racer Bakal Menemui Penonton Pada 10 Januari 2015

Siri Animasi Rimba Racer Bakal Menemui Penonton Pada 10 Januari 2015

Diterbitkan pada Dis 19, 2014 oleh .

Awal tahun ini Glue Studios telahpun berkongsi perancangan mereka bagi menayangkan siri animasi Rimba Racer yang dihasilkan mereka pada akhir tahun ini. Pada hari ini mereka mengumumkan tarikh episod pertama yang akan disiarkan melalui saluran TV3, iaitu bermula 10 Januari 2015 pada pukul 5 petang.

Siri animasi Rimba Racer mengisahkan berkenaan sekumpulan pelumba yang berlumba di Rimba Grand Prix dan bakal menghadapi persaingan antara satu sama lain. Ia mempunyai genre hiburan/komedi dan sesuai untuk ditonton oleh segenap lapisan masyarakat. Menariknya seperti namanya, ia menggunakan watak-watak haiwan rimba, dan Tag, watak utama siri ini, adalah seekor harimau.

rimba-racer crew

Bagi musim pertama, sebanyak 13 episod akan ditayangkan di Malaysia dan tayangan bagi negara serantau adalah bermula April. Mereka juga sedang didalam proses akhir pra-produksi untuk penghasilan animasi ini untuk musim kedua. Pada majlis ini juga pengarah urusan Glue Studios, iaitu Tariq Mohd Noh turut berkongsi berkenaan projek ini yang bermula dengan 6 pekerja dan memenangi IPCC Animation Super Pitch 2011/2012, kini telah mempunyai 25 pekerja. Mereka turut menggunakan kemudahan yang disediakan oleh MDeC iaitu MAC3 (Malaysian Animation & Creative Content Center) bagi menghasilkan Rimba Racer.

Layari: Laman FB Rimba Racer


TIPS & ULASAN