BlackBerry Classic Diperkenalkan Secara Rasmi – Hadir Dengan Papan Kekunci Dan Trackpad

BlackBerry Classic Diperkenalkan Secara Rasmi – Hadir Dengan Papan Kekunci Dan Trackpad

Diterbitkan pada Dis 18, 2014 oleh .

Hari ini, BlackBerry secara rasminya memperkenalkan satu lagi peranti berasaskan BlackBerry 10, iaitu BlackBerry Classic. Peranti ini membawakan papan kekunci fizikal, dan pada masa yang sama turut menyertakan trackpad seperti pada peranti BlackBerry lama.

BlackBerry Classic

BlackBerry Classic

BlackBerry Classic

BlackBerry menekankan yang mana rekaan BlackBerry Classic ini menyerupai BlackBerry Bold 9900, dan ia membawakan skrin yang lebih besar – sesuai untuk membaca dan melayari web menggunakannya. BlackBerry dilihat menyasarkan pengguna sedia ada Bold 9900 untuk menaik-taraf ke peranti ini. Ia turut menawarkan masa bertahan bateri 50% lebih lama, dan pelayaran web lebih 3 kali ganda pantas.

Ia hadir dengan skrin bersaiz 3.5-inci Corning Gorilla Glass 3, cip pemprosesan Snapdragon 1.5Ghz, memori 2GB RAM, ruangan storan 16GB, kamera hadapan 2-megapixel, dan kamera belakang 8-megapixel.

Melengkapkan BlackBerry Classic adalah sistem operasi BlackBerry 10.3.1. Melaluinya, ia membawakan beberapa ciri-ciri baru, termasuk BlakBerry Blend, BlackBerry Assistant, dan juga Amazon AppStore untuk membolehkan pengguna memasang aplikasi Android.

Fungsi popular BlackBerry Hub turut hadir untuk memudahkan anda menguruskan emel, SMS, BBM, Twitter, Facebook, WhatsApp dan sebagainya dengan mudah.

BlackBerry Malaysia dijangka akan berkongsi lanjut perancangan mereka untuk peranti ini pada penghujung minggu ini.


TIPS & ULASAN