Plex sedia popular dikalangan sesetengah pengguna dalam menguruskan fail-fail media terutamanya filem dan sebagainya, sekaligus memudahkan anda mengakses ia pada pelbagai peranti menggunakan Plex Media Server. Terkini, aplikasi Plex turut ditawarkan kepada para pengguna konsol PlayStation 4 dan juga PlayStation 3 di Asia.
Bagi anda yang tidak mengenali akan Plex, ia menggunakan sebuah perisian khusus untuk menguruskan pelbagai fail-fail media anda di PC atau Mac, dan seterusnya membolehkan anda mengaksesnya menggunakan peranti lain dan memperlihatkan ia dalam kaedah yang menarik dan mudah untuk ditonton.
Pengenalan untuk PlayStation ini hadir selepas ia diperkenalkan beberapa bulan sebelumnya di konsol, Xbox. Untuk fasa pertama ini, ia masih terhad untuk beberapa perkara, termasuk untuk hanya Plex Pass sahaja, dan membawakan sokongan untuk video sahaja. Sokongan untuk gambar, muzik dan penggunaan untuk pengguna yang tidak mempunyai Plex Pass dijangka akan hadir tidak lama lagi.
Bagi mereka yang menggunakan konsol PlayStation 4 atau PlayStation 3, boleh memuat-turunnya daripada PS Store hari ini secara percuma.
- Muat-Turun Plex untuk PlayStation