Cari @ Amanz

LINE baru-baru ini telah mengumumkan yang mana mereka ingin memasuki arena penawaran penstriman muzik dengan perkhidmatan dinamakan LINE Music. Kini, dalam memperkukuhkannya, mereka turut mengambil-alih perkhidmatan MixRadio daripada Microsoft, sekaligus akan memudahkan lagi mereka menawarkan perkhidmatan muzik melalui perkhidmatan permesejan mereka.

Nokia MixRadio

MixRadio telah diperkenalkan oleh Nokia sebelum ini, dan ia ditawarkan di lebih 31 buah negara – termasuk Malaysia. Ia ditawarkan pada platform Windows Phone, dan dengan pengambil-alihan ini, LINE dapat menjimatkan masa dalam perbincangan berkaitan perlesenan dan sebagainya dengan penerbit muzik lain seluruh dunia.

Perkara ini juga akan memastikan perkhidmatan MixRadio terus hidup walaupun dijenamakan semula, selain turut membawa perkhidmatan tersebut ke platform baru seperti Android dan juga iOS.

LINE Music sebelum ini telah diumumkan oleh pihak LINE dengan bekerjasama bersama Avex Digital dan juga Sony Music Entertainment. Pihak LINE dan Microsoft masing-masing tidak mengumumkan harga pengambil-alihan untuk perkhidmatan muzik ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd