Cari @ Amanz

Ramai peminat peranti pintar yang sedia menantikan Ubuntu Phone untuk sekian lama. Ia telah diumumkan jauh sebelum ini, selain pihak Meizu dan BQ yang masing-masing memperlihatkan rekaan prototaip awal untuk peranti Ubuntu Phone daripada mereka ketika MWC 2014 bulan Februari yang lepas.

BQ Ubuntu Phone

BQ Ubuntu Phone

BQ Ubuntu Phone

BQ Ubuntu Phone

Kini, ia dilaporkan yang mana peranti Ubuntu Phone daripada BQ – salah satu pengeluar peranti daripada Sepanyol akan memasarkan ia terus kepada para pengguna bermula bulan Februari kelak. Namun, pada peringkat awal, ia hanya akan ditawarkan di Eropah sahaja.

Peranti Ubuntu Phone daripada BQ ini bakal membawakan skrin bersaiz 4.5-inci qHD, cip MediaTek 1.3Ghz, storan terbina 8GB, memori 1GB RAM, dan bateri 2150mAh. Telefon pintar ini akan membawakan sokongan dwi-SIM bersama-sama dengannya.

Mungkin kita tidak akan melihat peranti ini memasuki pasaran tempatan. Satu lagi pengeluar yang dijangka akan memasarkan telefon pintar Ubuntu Phone adalah Meizu yang telah memasuki pasaran Malaysia baru-baru ini. Mungkin kita akan melihat penawaran daripada Meizu tidak lama lagi untuk telefon Ubuntu Phone ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd