Samsung Akan Menamatkan Perkhidmatan Permesejan ChatOn Pada 1 Februari 2015

Samsung Akan Menamatkan Perkhidmatan Permesejan ChatOn Pada 1 Februari 2015

Diterbitkan pada Dis 19, 2014 oleh .

Lanjutan daripada pelbagai desas-desus mengatakan Samsung akan menamatkan perkhidmatan permesejan mereka, hari ini ia diumumkan secara rasminya yang mana Samsung akan menamatkan perkhidmatan tersebut pada 1 Februari 2015 kelak.

Perkhidmatan tersebut akan ditamatkan di seluruh dunia, kecuali di Amerika Syarikat sahaja dimana ia akan terus beroperasi seperti biasa.

ChatOn Holo

Perubahan ini mungkin telah sedia dilakukan oleh Samsung sejak pengenalan beberapa peranti baru mereka. Sebagai contoh, pada Galaxy Alpha, tiada lagi aplikasi ChatOn disertakan, sebaliknya ia telah digantikan dengan aplikasi LINE.

Perkhidmatan permesejan ChatOn ini walaupun hadir terbina pada kebanyakkan peranti Samsung, tetapi ia masih mempunyai angka pengguna yang rendah. Mungkin perkara tersebut membuatkan mereka menamatkan perkhidmatan permesejan tersebut, sekaligus tidak membazirkan wang padanya lagi.


TIPS & ULASAN