Carian
BlackBerry Classic Akan Memasuki Pasaran Malaysia Pada Awal Tahun 2015
December 19, 2014 Aman

BlackBerry Classic telah diperkenalkan secara rasmi lebih kurang dua hari yang lepas, dan hari ini pihak BlackBerry Malaysia telah berkongsi sedikit maklumat berkaitan dengannya, mengatakan telefon pintar tersebut akan memasuki pasaran Malaysia pada awal tahun hadapan.

Tarikh rasmi untuknya tidak dikongsikan oleh pihak BlackBerry. Tetapi, jikalau melihat kepada penawaran peranti BlackBerry sebelum ini, kita mungkin akan dapat melihat ia dilancarkan di Malaysia sekitar Januari kelak.

BlackBerry Classic

BlackBerry Classic

BlackBerry Classic

BlackBerry Classic merupakan telefon pintar menggunakan papan kekunci fizikal daripada BlackBerry, yang mana turut hadir dengan trackpad. Kami sedia menggunakan BlackBerry Passport, dan setelah mencuba BlackBerry Classic ini, papan kekuncinya kelihatan lebih menarik, tetapi kami merindui kebolehan untuk menatal melalui touchpad yang terdapat di PassPort.

Secara keseluruhan, Classic membawakan kamera belakang 8-megapixel, skrin sentuh bersaiz 3.5-inci, dan menjalankan BlackBerry OS 10. Daripada percubaan kami, BlackBerry memperlihatkan notifikasi mengatakan tidak kesemua aplikasi menyokong trackpad – berkemungkinan besar adalah aplikasi Android melalui Amazon AppStore.

Harga jualan tempatan untuknya juga masih dirahsiakan. Pihak BlackBerry Malaysia sekadar mengatakan ia berharga $598 di Singapura sahaja. Kami akan membawakan pandang pertama untuk BlackBerry Classic ini seawal esok, dan berkongsi lebih lanjut mengenai penawaran yang dibawakan oleh BlackBerry Classic ini.

Komen