Sony hari ini telah menerbitkan sebuah video teaser pada saluran YouTube mereka, dimana mereka bermain dengan angka 5, selain memperlihatkan pelbagai warna dan turut merujuk kepada bunyi yang baik. Tiada sebarang perkara lain yang diperlihatkan oleh Sony, selain mesej mengatakan “Selamat Datang Ke Dunia Baru”.
Memandangkan ia diterbitkan pada saluran Sony, dan bukannya Sony Mobile, berkemungkinan ia bukanlah merujuk kepada peranti mudah-alih. Sebaliknya ia mungkin merujuk kepada peralatan elektrik lain daripada Sony.
https://www.youtube.com/watch?v=6gC_NIVpXf4
Pada bulan Januari 2015 kelak, acara CES akan diadakan, yang mana padanya, pelbagai produk menarik dipertontonkan termasuk televisyen dan sebagainya. Kami merasakan berkemungkinan pihak Sony merujuk kepada televisyen berasaskan Android daripada mereka. Angka 5 memperlihatkan penggunaan Android 5.0 Lolipop, sementara kenyataan akhir pada penghujung video mungkin merujuk kepada penyertaan Sony dalam arena baru, iaitu televisyen berasaskan Android.
Apa pun, ini hanya spekulasi daripada kami sahaja, dan mungkin Sony mengumumkan peranti berbeza pada acara berkenaan.
Bagi anda, apakah maksud teaser yang disediakan oleh Sony ini.