Samsung Mula Menawarkan Variasi Galaxy Note 4 Dalam Warna Emas Di Malaysia

Samsung Mula Menawarkan Variasi Galaxy Note 4 Dalam Warna Emas Di Malaysia

Diterbitkan pada Dis 19, 2014 oleh .

Samsung telah melancarkan Galaxy Note 4 pada pertengahan Oktober yang lepas, dan hari ini, mereka menambah satu lagi pilihan warna untuk phablet berkenaan, iaitu dalam pilihan warna emas – atau dipanggil Samsung sebagai “Bronze Gold”.

Samsung Galaxy Note 4

Bagi yang terlupa, Galaxy Note 4 membawakan skrin bersaiz 5.7-inci dengan resolusi 2K, kamera belakang 16-megapixel OIS, kamera hadapan 3.7-megapixel, serta dilengkapi beberapa ciri-ciri menarik, termasuk pengimbas cap jari, sokongan pengecasan pantas, dan fungsi tambahan untuk penggunaan S-Pen.

Di Malaysia, peranti ini dijual pada harga RM2499, dan turut disertakan bersama-sama pelbagai kandungan percuma melalui Galaxy Gifts.

Baca : Ulasan Samsung Galaxy Note 4


TIPS & ULASAN