Cari @ Amanz

Pelbagai syarikat mula menyertai arena realiti-maya, dimana pihak Google telah sedia hadir dengan Cardboard, Samsung dengan Gear VR, malah Facebook yang mengambil-alih Oculus. Terkini, desas-desus baru hadir mengatakan Microsoft bakal hadir dengan Xbox VR Headset mereka tersendiri, dan mungkin diperkenalkan sekitar E3 tahun 2015 kelak.

Buat masa ini, perkara ini masih dikategorikan sebagai desas-desus, tanpa sebarang pengesahan daripada pihak Microsoft. Ia dikatakan beberapa pembangun permainan telah pun menerima kit pembangunan permainan realiti-maya yang dioptimasikan untuk Xbox dalam membangunkan permainan mereka.

Sekiranya benar, maka kita mungkin akan melihat pihak Microsoft mempertontonkan beberapa permainan berasaskan kepada realiti-maya ketika acara permainan terkemuka, E3 kelak.

Jikalau dalam arena permainan, selain daripada Microsoft, Sony juga turut sama memfokuskan kepada permainan realiti-maya melalui Project Morpheus mereka untuk PlayStation 4.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd