Altruis – Barang Kemas Pintar Untuk Wanita Moden

Altruis – Barang Kemas Pintar Untuk Wanita Moden

Diterbitkan pada Dis 20, 2014 oleh .

Altruis-2

Tidak seperti kaum lelaki, kaum wanita akan menyimpan peranti pintar mereka di dalam beg tangan. Kerap kali apabila kita menelefon mereka telefon tidak terjawab dan mesej WhatSapp tidak bertanda biru. Wanita lebih mudah terlepas notifikasi pada peranti mereka berbanding lelaki kerana tabiat menyimpan peranti di dalam beg tangan. Altruis ialah barang kemas pintar yang cuba menyelesaikan masalah ini dan pada waktu yang sama melakukannya dengan cukup bergaya. Kesemua barang kemas Altruis adalah barang kemas pintar. Apabila ditambat secara Bluetooth kepada peranti pintar, barang kemas ini akan berkelip dan bergegar pada waktu yang sama. Melalui aplikasi khas, pemakai boleh menetapkan bilakan Altruis boleh berfungsi dan menyaring panggilan telefon dan memilih notifikasi dari aplikasi tertentu. Kini tiada lagi alasan “maaf telefon tertinggal dalam beg” untuk kaum wanita. Menurut pereka Altruis setiap barang kemas pintar mereka mempunyai hayat bateri diantara dua sehingga tiga minggu dan boleh dicas menggunakan kabel USB. Terdapat pilihan dalam bentuk rantai, cincin dan gelang tangan. Buat masa ini Altruis hanya menyokong tambatan dan aplikasi untuk peranti iPhone.

Altruis-1


TIPS & ULASAN