Facebook Memperkenalkan Aplikasi Stickered – Membolehkan Anda Menambah Sticker pada Gambar

Facebook Memperkenalkan Aplikasi Stickered – Membolehkan Anda Menambah Sticker pada Gambar

Diterbitkan pada Dis 20, 2014 oleh .

Facebook hari ini menambah satu lagi aplikasi baru dibawah penawaran mereka, dinamakan sebagai “Stickered for Messenger”. Melaluinya, Facebook membolehkan para pengguna menambah sticker pada gambar yang dirakamkan, dan menjadikan ia lebih menarik sebelum dikongsikan kepada rakan-rakan lain.

Facebook Stickered

Menggunakan aplikasi ini, pengguna diberikan sejumlah sticker yang sedia terdapat pada Facebook Messenger, dan kemudian menambah ia ke atas gambar. Pengguna boleh mengubah saiz, dan memilih lokasi yang diinginkan dengan mudah menggunakan aplikasi ini. Sebaik sahaja selesai menyunting menggunakannya, pengguna boleh terus menghantar gambar tersebut kepada rakan-rakan mereka di Facebok Messenger.

Facebook mengatakan ini merupakan satu lagi aplikasi dibawah Creative Labs, dan ia hanya ditawarkan untuk Android sahaja. Facebook akan menawarkan ia kepada pengguna iPhone dalam masa terdekat ini.

Muat-Turun Stickered for Messenger untuk Android


TIPS & ULASAN