Carian
Lenovo Bakal Memasarkan Telefon Pintar Dengan Kapasiti Bateri Sebesar 4000mAh
December 20, 2014 Aman

Dengan ramai yang kini menyertai arena telefon pintar, boleh dikatakan bateri seperti kurang diberikan perhatian. Sehingga ke hari ini, antara telefon pintar yang menawarkan masa bertahan bateri yang lama adalah Sony Xperia Z3 dan juga BlackBerry Passport sahaja, sebaliknya yang lain hanya mempunyai masa penggunaan lebih kurang sehari sahaja.

Lenovo P70t

Terkini, ia dilihat Lenovo ingin mengubahnya, dengan menyertakan bateri berkapasiti sehingga 4000mAh pada telefon pintar terbaru mereka, dinamakan Lenovo P70t. Bateri tersebut turut dikatakan boleh ditanggalkan dan bukannya hadir dalam bentuk unibody seperti beberapa peranti lain.

Secara kasar, Lenovo P70t ini dikatakan akan menyertakan skrin bersaiz 5-inci dengan resolusi 720p, cip pemprosesan 64-bit, memori sebanyak 1GB RAM, kamera 13-megapixel pada bahagian belakang, kamera hadapan 5-megapixel, dan dilengkapi sokongan 4G LTE.

Spesifikasinya memperlihatkan ia mungkin peranti berspesifikasi pertengahan, dan pihak Lenovo memfokuskan pada bateri sahaja pada telefon pintar ini. Beberapa fungsi penjimatan bateri dijangka turut diintegrasikan, selain kebolehan mengecas peranti dengan pantas. Jika tidak digunakan, Lenovo P70t ini dikatakan mempunyai masa bertahan bateri sehingga 46 hari.

Lenovo dikatakan akan mula menjual peranti ini tidak lama lagi.

Komen