Cari @ Amanz

safe-n-secure2-550x366 (1)

Seperti pelajar di Malaysia, pelajar sekolah di New York diharamkan dari membawa telefon mudah alih ke sekolah. Telefon mudah alih kini adalah keperluan dan ada ibu bapa yang mahu anak mereka membawa telefon bagi memudahkan mereka berhubungan sekiranya berlaku kecemasan. Melihat masalah ini, Jhonn de La Puente (42) mendapat idea perniagaan menyimpan telefon mudah alih ketika waktu persekolahan. Perkhidmatan Safe ‘n’ Secure Cellulation dijalankan di dalam sebuah van. Pelajar memasukkan telefon melalui slot pada tubuh van dan diberikan slip deposit. Pada penghujung waktu persekolahan van peti simpanan ini akan kembali ke sekolah dan pelajar boleh mengambil semula peranti yang disimpan. Jhonn mengenakan bayaran 1-2 Dollar sehari untuk perkhidmatan ini. Sungguhpun idea dan tujuan beliau adalah murni, perkhidmatan ini mungkin terpaksa dihentikan tidak lama lagi. Beliau menerima amaran dari pihak polis dan pihak berkuasa tempatan kerana tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah. Selain daripada itu banyak sekolah di New York sudah merancang untuk membenarkan pelajar membawa telefon mudah alih dalam masa terdekat. Buat masa ini Jhonn akan terus menjalankan perniagaan beliau. Selagi ada pasaran beliau akan cuba mendapatkan rezeki yang halal. Ada usahawan di Malaysia yang mahu menawarkan perkhidmatan yang sama? Boleh buat duit ni. Namakan perkhidmatan anda MySimpan atau sewaktu dengannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd