Cari @ Amanz

Instagram merupakan salah satu laman sosial popular yang digunakan ramai untuk berkongsi gambar dn juga video ringkas selama 15 saat. Kini, seperti pada tahun lepas, pihak Iconosquare menyediakan sebuah fungsi khusus membolehkan anda mencipta video ringkas memperlihatkan detik-detik menarik anda sepanjang tahun 2014 ini.

2014 Iconosquare

Untuk mendapatkannya, anda hanya perlu log masuk menggunakan akaun Instagram di laman Iconosquare, dan anda akan dipaparkan dengan sebuah popup untuk membolehkan anda mencipta video detik menarik sepanjang 2014 ini.

Sekiranya tidak, anda boleh klik pada tab Snapshots. Ia akan mengambil masa beberapa minit sebelum anda menerima emel dengan video untuk dimuat-turun. Sebaik sahaja mendapatnya, anda boleh memuat-naik ke Instagram dan berkongsi dengan lain detik-detik menarik anda sepanjang 2014 ini.

Iconosquare mengumpulkan data detik Instagram ini mengikut angka Like tertinggi yang diterima pada gambar-gambar anda di Instagram.

Bagi anda yang aktif menggunakan Instagram, anda boleh ke laman Iconosquare hari ini, dan mendapatkan video detik menarik anda sepanjang 2014 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd