Cari @ Amanz

Google sedia menawarkan sokongan menambah-baik gambar dan video yang dimuat-naik ke laman Google+ melalui fungsi yang dinamakan sebagai Auto Enhance. Sebelum ini, pengguna hanya perlu mengaktifkan sokongan Auto Enhance, dan Google akan menambah-baik kualiti pada video dan gambar sekiranya algoritma mereka mengatakan ia diperlukan.

Kini, pengguna boleh melakukannya sendiri dengan mudah, tanpa perlu nantikan ia dilakukan secara automatik.

Pengguna hanya perlu menambah video yang dirakamkan ke akaun Google+ mereka, dan sekiranya melalui web, pengguna hanya perlu membuka video berkenaan, klik pada More, dan pilih Auto Enhance.

Sekiranya menggunakan aplikasi mudah-alih pula, pengguna hanya perlu membuka aplikasi Google+ Photos di Android, klik pada sebarang video, tekan pada menu dan tap Auto Enhance.

Google mengatakan melaluinya ia akan menambah baik pencahayaan, warna, dan juga kestabilan. Pada masa akan datang, pihak Google turut menyasarkan untuk menambah-baik kualiti bunyi melalui sokongan Auto Enhance ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd