Asus Hadir Dengan Video Teaser Ringkas Untuk Zenfone Baru – Fokus Terhadap Bahagian Kamera?

Asus Hadir Dengan Video Teaser Ringkas Untuk Zenfone Baru – Fokus Terhadap Bahagian Kamera?

Diterbitkan pada Dis 22, 2014 oleh .

Asus sedia dikatakan akan memperkenalkan beberapa telefon pintar baru dibawah keluarga Zenfone pada CES 2015 bulan Januari ini. Kini, selari dengannya, pihak Asus turut menerbitkan sebuah video teaser ringkas di halaman Facebook mereka.

Asus Zenfone

Melalui video tersebut, mereka seperti memberikan perhatian kepada bahagian kamera pada video berkenaan. Pada masa yang sama, mereka juga turut memberikan idea seperti peranti Zenfone baru akan menyertakan dwi-kamera pada bahagian belakang untuk rakaman gambar yang lebih jelas. Rekaan belakang yang diperlihatkan juga turut dilihat menyerupai rekaan kerangka belakang LG G3 yang telah memasuki pasaran Malaysia baru-baru ini.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan acara CES 2015 yang dijadualkan pada 6 Januari sehingga 9 Januari 2015 kelak.


TIPS & ULASAN