Kodak Akan Melancarkan Telefon Android Pertama Dengan Fokus Pengimejan Pada Januari 2015

Kodak Akan Melancarkan Telefon Android Pertama Dengan Fokus Pengimejan Pada Januari 2015

Diterbitkan pada Dis 23, 2014 oleh .

Kodak sedia terkenal dalam arena pengimejan, dan hari ini mereka telah mengumumkan kerjasama bersama pihak Bullitt Group untuk hadir dengan beberapa peranti berasaskan Android dengan fokus terhadap pengurusan pengimejan serta beberapa fungsi tambahan, dan bakal diperkenalkan pada CES 2015 kelak.

Kodak

Melalui edaran akhbar yang diterbitkan Kodak hari ini, mereka mengatakan akan memfokuskan sepenuhnya pada rekabentuk dan kemesraan-pengguna melalui peranti mereka kelak. Peranti ini akan dilengkapi sokongan pengurusan imej – dan membolehkan anda bekerjasama dengan rakan serta ahli-keluarga menggunakannya. Dengan penggunaan jenama Kodak, kita juga akan dapat melihat ia menawarkan sokongan rakaman gambar yang menarik melalui peranti mereka ini.

Kodak mengatakan telefon pintar Android pertama mereka akan dilancarkan pada CES 2015, selain tablet, telefon 4G dan juga kamera dengan sokongan internet bakal hadir pada pertengahan kedua 2015 kelak.


TIPS & ULASAN