Kini Anda Boleh Menganalisa Tweet Secara Terperinci Melalui Aplikasi Twitter Untuk iOS

Kini Anda Boleh Menganalisa Tweet Secara Terperinci Melalui Aplikasi Twitter Untuk iOS

Diterbitkan pada Dis 23, 2014 oleh .

Twitter pada hari ini telah menambah fungsi baru pada aplikasi rasmi Twitter pada iOS, dimana dengan kemaskini ini, mereka membolehkan para pengguna Twitter untuk melakukan analisa dengan lebih terperinci terhadap sesuatu tweet yang dihantar, dan mengetahui akan statistik berkenaan dengannya.

twitter-analytics-2

Sebelum ini, pemilik akaun Twitter hanya boleh melihat kuantiti sesuatu Tweet itu di-retweet dan juga sekiranya Tweet tersebut disukai (Favorite) oleh pengguna lain. Dengan kemaskini baru ini, pemilik akaun tersebut juga boleh mengetahui jumlah tweet itu telah dilihat (Impressions) serta jumlah interaksi dengan tweet tersebut dikalangan pengguna Twitter lain. Terdapat beberapa statistik secara ringkas yang turut dipaparkan, antaranya adalah:

  • bilangan klik diperoleh untuk sesuatu pautan.
  • bilangan klik diperoleh bagi melihat gambar atau video pada tweet tersebut.
  • bilangan mereka yang ingin mengetahui lebih informasi berkenaan tweet tersebut.
  • bilangan klik pada sesuatu hashtag.
  • bilangan klik pada profil twitter anda hasil dari tweet tersebut.

Buat masa ini kemaskini ini hanya ada pada aplikasi rasmi Twitter pada iOS dan tiada sebarang info berkenaan pengenalan rasmi pada Twitter untuk Android. Dari semakan kami, tidak semua akaun telah menerima sokongan ini – berkemungkinan ia diperkenalkan secara berperingkat kepada semua. Kemaskini sebegini pastinya memudahkan mereka yang menggunakan Twitter bagi tujuan perniagaan mahupun bagi mereka yang melakukan khidmat promosi tweet berbayar.

Muat-Turun Twitter untuk iPhone


TIPS & ULASAN