Perisian Pushbullet Untuk Windows Dikemaskini Dengan Sokongan SMS

Perisian Pushbullet Untuk Windows Dikemaskini Dengan Sokongan SMS

Diterbitkan pada Dis 23, 2014 oleh .

Pushbullet sedia menawarkan sokongan SMS pada pemalam untuk pelayar web mereka, dan hari ini, pembangunnya turut memperkenalkan kemaskini untuk perisian Windows dengan sokongan yang sama.

Pushbullet merupakan salah satu perisian yang membolehkan para pengguna menghantar sesuatu fail daripada telefon pintar terus ke desktop atau peranti lain, pada masa yang sama memaparkan notifikasi dan juga membalas SMS menggunakannya.

Pushbullet

Baru-baru ini, pembangun Pushbullet telah memperkenalkan kemaskini untuk perisian Windows mereka (perisian desktop) dari segi antaramuka, dan melalui kemaskini hari ini, mereka membawakan sokongan SMS.

Menggunakannya, sebuah tab baru hadir, dimana pengguna boleh menghantar SMS terus menggunakannya, dan ia akan dihantar melalui peranti pengguna.

Pada masa yang sama, pihak Pushbullet turut memberikan petanda yang mana aplikasi Mac akan hadir untuk para pengguna pada bulan Januari kelak.

Muat-Turun Pushbullet untuk Windows


TIPS & ULASAN