Facebook Stickered For Messenger Diterbitkan Untuk Pengguna iPhone

Facebook Stickered For Messenger Diterbitkan Untuk Pengguna iPhone

Diterbitkan pada Dis 23, 2014 oleh .

Facebook telah memperkenalkan aplikasi Stickered For Messenger beberapa hari lepas, bermula dengan penawaran untuk pengguna Android. Hari ini, aplikasi berkenaan turut diterbitkan untuk para pengguna iPhone di seluruh dunia.

Facebook Stickered

Bagi yang tidak mengenali akan aplikasi Stickered for Messenger, ia merupakan salah satu aplikasi daripada Facebook yang membolehkan anda menambah Facebook Sticker pada gambar yang dirakamkan anda, sebelum berkongsi melalui aplikasi Facebook. Ia mungkin tidak begitu digunakan ramai, tetapi daripada pemerhatian kami, ramai pengguna muda dan pengguna wanita menyukai akan fungsi tersebut.

Bagi anda yang menggunakan iPhone, anda kini boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma, dan menggunakannya dalam menambah sticker ke gambar anda dalam menjadikannya lebih menarik lagi.

Muat-Turun Facebook Stickered for Messenger untuk iPhone


TIPS & ULASAN