Cari @ Amanz

SE790C-Samsung-1

Teknologi skrin TV melengkung sudah diperlihatkan oleh Samsung awal tahun ini dan kini mereka memperkenalkan skrin melengkung untuk monitor komputer. Monitor SE790C mempunyai skrin sebesar 34″ dengan resolusi 3440 X 1440 pixel Ultra WQHD . Ianya sebuah monitor berskrin ultra lebar dengan nisbah 21:9. Fungsi menarik yang disertakan ialah fungsi picture-by-picture dan picture-in-picture. Picture-by-picture membolehkan skrin memaparkan dua gambar dari input berbeza sekaligus. Ini bermakna sebuah monitor ini boleh berfungsi seperti dua buah monitor serentak dengan paparan skrin dibahagi dua. Fungsi picture-in-picture pula membolehkan input kedua diapaparkan di dalam tetingkap kecil yang terapung di atas paparan utama. SE790C turut dilengkapi dengan pembesar suara stereo serta empat port USB 3.0. Buat masa ini harga serta bilakah ia akan memasuki pasaran masih belum diumumkan. Apa yang pasti fungsi skrin melengkung untuk komputer desktop lebih munasabah dari penggunaannya sebagai TV di ruang tamu. Tidak perlu lagi membeli dua monitor untuk mendapatkan paparan berkembar.

SE790C-Samsung-2

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd