Cari @ Amanz

Asus sebelum ini telah menerbitkan video teaser ringkas di Facebook, dan kini turut hadir dengan sebuah video baru yang menekankan kepada rekaan peranti Zenfone generasi baru. Ia bakal diumumkan oleh mereka pada 5 Januari 2015 kelak.

Asus Zenfone 2

Asus Zenfone generasi kedua ini dilihat turut akan membawakan perubahan pada rekaan peranti, disamping melalui teaser sebelum ini, mereka menekankan pada bahagian kamera. Bahagian kamera yang diperlihatkan seumpama dwi-lensa sebelum ini juga kelihatan sedikit berbeza pada teaser baru ini.

Spekulasi awal mengatakan Asus sekali lagi akan menggunakan cip berasaskan Intel, selain turut akan hadir dengan penawaran beberapa saiz peranti seperti generasi pertama.

Pihak Asus bakal membuat pengumuman peranti Zenfone 2 ini secara rasmi pada 5 Januari kelak, dan ia akan turut ditayangkan secara langsung oleh mereka di internet.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd