Cari @ Amanz

templerun-vr-cover-press

Samsung Gear VR ialah cermin mata realiti maya hasil usahasama Samsung dan Oculus. Ia diperlihatkan September lalu dan digunakan buat masa ini secara eksklusif dengan Galaxy Note 4. Hari ini aplikasi permainan Temple Run VR sedia dimuat turun secara percuma buat pemilik peranti ini. Tidak seperti Temple Run biasa, anda kini bermain dari sudut pandangan pertama. Motif permainan masih lagi sama iaitu cuba berlari sejauh mungkin sambil melarikan diri dari serangan monyet iblis yang menjaga harta karun yang dicuri. Anda juga bebas melihat sekeliling seperti berada di dalam dunia Temple Run sebenar.  Buat masa ini tidak diketahui sama ada Samsung Gear VR akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Sebagai peminat permainan Temple Run dan realiti maya kami mahu merasakan sendiri berlari di dalam dunia maya Temple Run. Entah bila agaknya gogel maya ini akan dapat kami gunakan.

Temple-RUn-VR

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd