Cari @ Amanz

Pada minggu lepas, Microsoft telah memperkenalkan kemaskini Lumia Denim untuk pengguna Lumia 520. Minggu ini, ia diteruskan dan sebanyak empat peranti sedia ada menerima kemaskini tersebut, iaitu Lumia 525, Lumia 535 Dwi-SIM, Lumia 620, dan juga Lumia 720.

Nokia Lumia 620

Lumia Denim merupakan kemaskini selepas Lumia Cyan, yang mana membawakan beberapa fungsi baru, termasuk kebolehan menyusun Tiles dalam bentuk folder pada skrin utama, aplikasi rakaman gambar yang lebih baik, pengenalan aplikasi Lumia Camera dan beberapa yang lain.

Bagi anda yang menggunakan peranti yang disebutkan, anda boleh ke halaman Settings dan memilih Phone Update untuk mengemaskini peranti anda hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd