BlackBerry Passport Berwarna Merah Kini Ditawarkan Oleh TuneTalk Di Malaysia

BlackBerry Passport Berwarna Merah Kini Ditawarkan Oleh TuneTalk Di Malaysia

Diterbitkan pada Dis 24, 2014 oleh .

TuneTalk sedia sinonim dengan penggunaan warna korporat merah untuk jenama mereka. Terkini, mereka turut menambah penawaran peranti baru berwarna merah, iaitu BlackBerry Passport. BlackBerry Passport berwarna merah ini ditawarkan oleh TuneTalk pada harga RM2599 yang mana hadir dengan masa berbual percuma bernilai RM500.

TuneTalk

BlackBerry Passport sebelum ini telah mula dijual di Malaysia sejak bulan Oktober yang lepas. Ia membawakan rekaan skrin berbentuk segi empat-sama pada resolusi 1440×1440 pixel, menggunakan cip pemprosesan Snapragon 800, memori 3GB RAM, kamera belakang 13-megapixel dan juga kamera hadapan 2-megapixel.

BlackBerry Passport turut menyertakan papan kekunci fizikal pada bahagian bawah, yang mana turut dilengkapi dengan kebolehan untuk pengguna menatal ketika melayari web dengan lebih mudah. Pihak BlackBerry turut mengatakan penggunaan skrin sedemikian pada peranti ini membolehkan pengguna membaca dokumen dan melayari web dalam format asal tanpa ia berubah, berbanding beberapa peranti lain di pasaran.

Passport turut hadir dengan BlackBerry 10.3 yang membolehkan pemasangan aplikasi Android melalui Amazon AppStore, selain pembantu maya terbina daripada BlackBerry.

Bagi anda yang bercadang untuk mendapatkan Passport sebelum ini, mungkin boleh semak tawaran TuneTalk hari ini, dan mendapatkan peranti berwarna terhad ini sebagai koleksi anda.


TIPS & ULASAN