Asus Hadir Dengan Telefon Pintar Baru Dinamakan Pegasus X002 – 5-inci Dan Cip MediaTek

Asus Hadir Dengan Telefon Pintar Baru Dinamakan Pegasus X002 – 5-inci Dan Cip MediaTek

Diterbitkan pada Dis 24, 2014 oleh .

Dalam arena telefon pintar, ramai pengeluar yang berlumba untuk hadir dengan telefon pintar pada harga rendah. Asus sedia mempunyai penawaran Zenfone mereka, dan terkini, hari ini mereka turut sama memperkenalkan sebuah peranti baru yang dinamakan sebagai Pegasus X002.

Asus Pegasus X002

Asus Pegasus X002 ini hadir dengan skrin bersaiz 5-inci dengan resolusi 720p, cip pemprosesan MediaTek 64-bit MT6732, memori 2GB RAM, kamera belakang 8-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel. Peranti ini turut hadir dengan sokongan dwi-SIM serta sokongan rangkaian LTE padanya – yang mana khusus untuk pasaran China sahaja buat masa ini.

Ia tidak diketahui lagi bilakah Asus akan memasarkan peranti ini untuk pasaran global. Asus Pegasus X002 ini dijual pada harga 799 Yuan (~RM450).


TIPS & ULASAN