Penawaran Perkhidmatan Syarikat Telekomunikasi Yang Mungkin Anda Bayar Tetapi Tidak Gunakan

Penawaran Perkhidmatan Syarikat Telekomunikasi Yang Mungkin Anda Bayar Tetapi Tidak Gunakan

Diterbitkan pada Dis 24, 2014 oleh .

Kebanyakkan langganan talian telekomunikasi hadir dengan penawaran beberapa perkhidmatan percuma, tetapi tidak digunakan sepenuhnya oleh para pelanggan perkhidmatan tersebut. Berikut merupakan antara perkara percuma yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi untuk langganan talian mereka, yang mana anda boleh gunakan sepenuhnya sekiranya melanggan pelan dan pakej tertentu.

Telekom Malaysia

Salah satu perkhidmatan percuma yang ditawarkan oleh Telekom Malaysia untuk pelanggan mereka adalah perkhidmatan TM WiFi.

TM WiFi dulunya dikenali sebagai Streamyx Zone, yang mana terdapat di beberapa lokasi utama di seluruh negara, membolehkan anda log masuk menggunakan ID dan nama pengguna, serta menggunakan rangkaian internet di sana.

Biasanya, pihak Telekom Malaysia akan berikan anda akses kata laluan dan nama pengguna TM WiFi ini ketika mendaftar perkhidmatan seperti UniFi dan WiFi. Anda boleh menggunakan kata laluan dan nama pengguna tersebut di semua lokasi yang mempunyai TM WiFi.


U Mobile

U Mobile menawarkan sejumlah perkhidmatan percuma untuk para pelanggan perkhidmatan prabayar dan juga pascabayar, antaranya adalah:
Perayauan 50MB Percuma – Penggunaan data percuma sehingga 50MB ketika anda berada di luar negara. Kami pernah mencubanya pada BlackBerry, dan ia amat berguna. Daripada penggunaan kami, segala emel dan WhatsApp dapat digunakan tanpa masalah dan tanpa perlu melanggan sebarang pelan data tambahan. Perkara ini amat menjimatkan dan membolehkan kami terus mengikuti perkembangan harian tanpa masalah. Buat masa ini, perayauan data ini terhad kepada beberapa negara di Asia Tenggara.
Tontonan YouTube Percuma Dari 2 Pagi ke 10 PagiPenawaran masa yang agak pelik untuk U Mobile, tetapi bagi anda yang ingin mengikuti pelbagai video di YouTube, anda boleh lakukannya sebelum ke pejabat, dan tidak membazirkan sebarang data anda.
Radio Online Percuma – U Mobile turut sama menawarkan pengguna untuk mendengar radio dalam-talian secara percuma dengan menggunakan aplikasi KKBox, MYfm, Era Dan HitzFM.
U Mobile Store – Boleh digunakan untuk memuat-turun pelbagai aplikasi dan permainan. Hanya ditawarkan untuk pengguna Android sahaja buat masa ini.


DiGi

DiGi Nano-SIM

Bagi pelanggan talian telekomunikasi dengan tema berwarna kuning ini pula, mereka turut sama menawarkan beberapa perkhidmatan percuma untuk pelanggan mereka, dimana antaranya adalah;
Pelayaran web percuma di Opera Minipengguna yang melanggan perkhidmatan data (iDiGi 50, iDiGi 78, iDiGi 108, iDiGi 148 dan iDiGi 238) boleh menggunakan pelayar web Opera Mini, dan menggunakan pelayaran web dengan pantas secara percuma walaupun setelah melangkaui penggunaan data anda.
WhatsApp Percuma – Seperti penawaran untuk Opera Mini, pelanggan yang melanggan (iDiGi 50, iDiGi 78, iDiGi 108, iDiGi 148 dan iDiGi 238) turut boleh menikmati penggunaan WhatsApp Messenger tanpa had untuk menghantar dan menerima mesej.
Akses Percuma ke Facebook Zero dan Twitter – Bagi anda yang melanggan pelan DiGi Easy Prepaid, anda boleh menikmati akses percuma ke Facebook Zero dan juga Twitter.


Maxis

Maxis #Hotlink

Maxis turut sama mempunyai beberapa penawaran khusus untuk para pelanggan mereka, antaranya adalah:
#Hotlink – Akses internet tanpa had secara percuma pada kelajuan 64kbps kepada para pengguna prabayar. Perlu melanggan pelan #Hotlink terlebih dahulu, dimana pengguna sedia ada yang menggunakan pelan lain akan dikenakan caj sebanyak RM5 untuk penukaran. Amat berguna bagi mereka yang inginkan internet untuk penggunaan ringkas seperti WhatsApp.
Hotlink RedMuat-turun di peranti Android atau iPhone dan dapatkan kredit sebanyak RM5 untuk akaun Hotlink anda.


Celcom

Seperti Telekom Malaysia, Celcom turut mempunyai penawaran Celcom WiFi untuk para pelanggan mereka. Ia dilihat semua langganan pelan data untuk Xpax mempunyai penawaran Celcom WiFi percuma, dan sama juga untuk mereka yang mempunyai langganan pelan pascabayar Celcom dengan yuran sebanyak RM98 dan ke atas.

Semak : Kawasan liputan Celcom WiFi


TuneTalk

TuneTalk agak kurang popular berbanding beberapa syarikat telekomunikasi yang lain. Tetapi, mereka turut mempunyai beberapa penawaran percuma yang agak menarik bagi para pelanggan mereka;
Insuran Percuma – Bagi mereka yang menambah-nilai lebih RM50 sebulan, anda mempunyai langganan insuran peribadi percuma.
Promosi Tiket Wayang MBO – Untuk mereka yang gemar menonton wayang, anda boleh membuat pembelian satu tiket dan mendapatkan tiket kedua secara percuma. Terhad untuk wayang MBO dan hanya pada tayangan hari Selasa sahaja.
TuneTalk Rewards – Anda akan menerima mata ganjaran percuma untuk setiap tambah-nilai, yang mana boleh digunakan untuk mengubah ia kepada tiket penerbangan atau gajet selepas mempunyai mata ganjaran yang mencukupi.


Akan dikemaskini dari masa ke semasa. Mohon tinggalkan komen sekiranya terdapat sebarang promosi dan penawaran yang tertinggal.


TIPS & ULASAN